Saturday 7 March 2015

Tempahan Red Velvet dengan tema FROZEN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah... dapat siapkan order kek untuk hari ini. Kebiasaannya, saya hanya ambil order kek biasa2 saja, tanpa sebarang tema. Kali ini, saya ambil order untuk tema Frozen... di dalamnya ialah kek red velvet dengan lapisan creamcheese.

Sebelum ini, saya hanya tengok di blog kawan2, betapa cantiknya kek dengan tema Frozen ni. Bila kena buat sendiri, rasa mencabar dan seronok juga sebab dapat main dengan krim ala2 snow tu.






Terima kasih kepada Noris dari Tengkera yang order kek red velvet dengan tema Frozen ini... harap berpuas hati dengan rasa dan kualiti kek ini.

Wassalam.

No comments: