Monday 2 March 2015

Eggless Chocolate Cake yang sangat moist dan sedap...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Saya memang sangat gemarkan kek coklat, terutamanya kek coklat moist. Banyak resepi kek coklat yang telah saya cuba sendiri. Kali ini, satu lagi resepi kek coklat telah saya cuba iaitu resepi untuk Eggless Chocolate Cake dan Alhamdulillah memang menjadi.

Resepi Eggless Chocolate Cake ini saya rujuk di blog kak DayangJack. Resepi dan cara membuat kek ini amat mudah, tidak perlu menggunakan mixer, hanya gunakan spatula sahaja. Bahan-bahannya juga mudah untuk diperoleh dan tidak memerlukan telur. Kek ini memang sangat moist dan sedap, sesuai dengan selera saya dan keluarga.

Bagi sesiapa yang mempunyai alahan dengan telur, terutamanya anak2... anda bolehlah mencuba resepi ini untuk mereka. In shaa Allah, rasanya memang sangat sedap dan moist serta memenuhi citarasa bagi penggemar kek coklat. Saya pasti anak-anak juga akan sukakan kek ini.

Untuk resepi asal, anda boleh rujuk di sini... DayangJack@DapurKu Sayang. Terima kasih kepada Kak DayangJack yang sudi berkongsi resepi kek ini, saya mohon copy dan sharekan resepi kek ini di sini pula. (Nota: saya mungkin telah ubah suai resepi mengikut bahan-bahan yang saya ada).

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 cawan serbuk koko
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 2 1/2 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 2 cawan gula perang
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh coklat emulco
  • 1/4 sudu kecil garam halus
  • 1 cawan minyak jagung
  • 2 sudu teh jus lemon

Cara Buat :
  1. Panaskan oven pada suhu 160'. Lenserkan loyang size 8" dengan mentega.
  2. Ayakkan tepung gandum bersama dengan baking powder, soda bikarbonat, dan serbuk koko dalam bekas besar.
  3. Kemudian, masukkan susu tepung, garam, dan gula perang. Kacau rata semua bahan tadi.
  4. Masukkan air sejuk, minyak jagung, esen vanilla, dan coklat emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk / spatula sehingga adunan tidak berketul-ketul.
  5. Akhir sekali, masukkan jus lemon. Kacau serta-merta sehingga sebati, tetapi jangan terlalu lama. 
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar kek selama 45 minit atau sehingga masak.
  7. Sejukkan kek dan boleh hias kek dengan coklat ganache.





Selamat Mencuba.

No comments: