Thursday 17 September 2015

Tempahan Kek Minggu Ini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, saya kembali bekerja setelah hampir seminggu demam, mungkin juga disebabkan cuaca yang tak menentu sekarang ni. Terima kasih kepada semua customer yang masih setia bersama kami. Maaf juga kerana terdapat order yang terpaksa ditolak minggu lepas disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Saya juga telah restocked kek di semua butik cafe minggu ini. Sesiapa yang rasa berkenan nak makan kek2 yang sedap, boleh la dapatkan di situ ye.

Di bawah merupakan kek untuk minggu ini...


Kek Batik... kek paling banyak customer order minggu ni

Kek Coklat Moist... yg ni order drpd staff Utem utk anak kesayangannya

Yang ni ialah Kek Vanilla Oreo Cheese...
Cik Farahwahida dr Kolej Komuniti Kota Melaka order 2 kali kek yg sama minggu ni.
Terima kasih ye....

Wassalam.


Tuesday 15 September 2015

Kek Yus Sweet Bakery di Butik Cafe dan Cafe UTC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Alhamdulillah.... kek drpd Yus Sweet Bakery kini berada di 5 buah boutique cafe dan juga di Cafe UTC.

Sesiapa yang berminat nak rasa kek yang sedap2 ni, boleh dapatkan di butik2 dan cafe seperti yang disenaraikan di bawah ye. In shaa Allah, anda pasti akan berpuas hati dengan rasa dan kualiti kek yang kami hasilkan.

- Hrona Top Vendors Boutique & Cafe, Kota Fesyen Mitc.
    - Bibir Merah MyGarage, Kota Fesyen Mitc.
    - D Pavilion Boutique & Cafe, Kompleks Niaga Melaka Perdana.
    - D Chantek Heritage Vendor Boutique & Cafe, Jasin.
    - I M Perempuan Concept Boutique, Taman Air Keroh Permai.
    - Cafe UTC, Bandar Melaka

    Kek drpd Yus Sweet Bakery : Kek Coklat Moist, Kek Batik, Cheesecake Leleh Blueberry, Cheesecake Leleh Oreo, Cheesecake Leleh Coklat, dan Kek Red Velvet.


    Terbaru daripada kami : Coklat Moist Cheese.... sangat sedap tau :)

    Terima kasih kepada semua pelanggan yang setia dan menyokong kami selama ini.

    Wassalam.