Saturday 24 October 2015

Kek Strawberry dengan tema Hello Kitty

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah... dapat siapkan satu lagi kek dengan tema Hello Kitty pagi tadi. Terima kasih kepada Hariana yang sudi order Kek Strawberry ini. Harap berpuashati dengan kek yang kami hasilkan.






Wassalam.

Friday 23 October 2015

Kek di Butik De Unggul Concept, Bukit Beruang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah... kini kek drpd Yus Sweet Bakery berada di butik baru di Bukit Beruang, iaitu De Unggul Concept. Terima kasih kepada Puan Nora yang sudi memberi peluang kepada kami untuk meletakkan produk kami di butik beliau.

Antara kek yang ada di situ ialah Coklat Moist Cheese, Red Velvet Coklat, dan Cheesecake Leleh Oreo. In shaa Allah kami akan mempelbagaikan produk kami di situ. Buat peminat2 kek.... jemputlah singgah di sana ye dan dapatkan produk kami di situ.


Coklat Moist Cheese

Cheesecake Leleh Oreo

Terbaru daripada kami... Red Velvet Coklat

Wassalam.

Tuesday 20 October 2015

Kek di Fir'da Boutique, Taman Tasik Utama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah... kini kek daripada Yus Sweet Bakery berada di Fir'da Boutique, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh. Peminat-peminat kek bolehlah dapatkan kek-kek yang sedap ni di situ ye. Kek-kek ni memang sedap, disamping harga yang murah... memang berbaloi untuk anda menikmatinya.

Ada Coklat Moist Cheese, Cheesecake Leleh Oreo, dan terbaru ialah Red Velvet Coklat.


Wassalam.

Wednesday 14 October 2015

Kek di Verra Look & Cafe

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Alhamdulillah, kini kek drpd Yus Sweet Bakery berada di butik cafe yang baru, iaitu Verra Look & Cafe. Semoga Allah permudahkan semuanya....

Peminat kek boleh dapatkan kek kami di situ ye... harga memang murah dan sangat berbaloi. In shaa Allah, kami akan pastikan kualiti kek kami sentiasa yang terbaik.

Terima kasih kepada semua customer yang bersama kami...

Coklat Moist Cheese
Kek yang banyak permintaan...memang sedap sangat

Cheesecake Leleh Oreo...

Wassalam.

Monday 12 October 2015

Kek Vanilla dengan tema Frozen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Terima kasih kepada customer yang order Kek Vanilla dengan tema Frozen ni. Harap berpuas hati dengan kualiti dan deco kek yang dihasilkan.





Wassalam.

Sunday 11 October 2015

Kek Hello Kitty

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Alhamdulillah... syukur atas rezeki dari Mu ya Allah. Terima kasih juga kepada semua customer yang masih memberi kepercayaan dan menyokong produk-produk kami.

Di bawah ini merupakan kek yang diorder pada Sabtu lepas dengan  tema Hello Kitty. Kek ialah Kek Span Vanilla dengan lapisan buttercream. Terima kasih kepada Ina dr Duyong yang sudi order kek ini. Harap berpuas hati ye...





Wassalam.

Friday 9 October 2015

Kek Coklat Moist dan Ultraman...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Terima kasih kepada Cikgu Ina yang sudi order Kek Coklat Moist untuk anak beliau. Kek Coklat Moist ini merupakan antara kek yang mendapat permintaan tinggi daripada customer. Cikgu Ina hanya minta saya belikan patung ultraman untuk diletakkan pada kek....



Wassalam.

Thursday 1 October 2015

Order Kek Minggu Lepas...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Terima kasih kepada semua customer yg order kek dengan Yus Sweet Bakery minggu lepas.

Kek Coklat Moist

Kek Blueberry Cheese

Kek Batik

Kek Coklat Moist
Coklat Chip Cookies

Wassalam.