Tuesday 24 February 2015

Kek Buah Kukus Idaman Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kali ini saya akan kongsikan resepi kek buah kukus. Kek buah kukus pastinya mempunyai peminat tersendiri... ianya digemari dari dulu hingga kini. Memandangkan saya sendiri meminati kek buah kukus, maka banyaklah resepi yang telah saya cuba. Tapi, resepi yang satu ini sememangnya menepati citarasa saya... sebab itulah tajuk entry kali ini ialah Kek Buah Kukus Idaman Hati :)

Resepi ini ialah milik CMG (www.tiffinbiru.com)... anda boleh lihat resepi asalnya DI SINI. Saya minta izin untuk copy resepi dan kongsikannya pula di sini. Walau bagaimanapun, saya ubah sedikit resepi ini supaya manis kek buah ini menepati citarasa saya dan keluarga.

Bahan-bahan:
  • 300 g buah-buahan campuran (resepi asal 375g)
  • 250 g mentega (saya guna jenama Anchor)
  • 300 g tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh cream of tartar
  • 3 biji telur gred A
  • 110 g gula kastor (resepi asal 150g)
  • 150 g gula pasir (untuk dibuat gula hangus)
  • 1 biji pala (diparut)


Cara Buat:
  1. Panaskan air dalam periuk kukus. Lenserkan loyang size 8" dengan mentega.
  2. Campurkan tepung gandum, soda bikarbonat, dan cream of tartar. Ayakkan bahan-bahan tadi. Masukkan buah pala yang telah diparut dan juga buah-buahan campuran. Gaul rata buah-buahan tadi dengan tepung.
  3. Dalam bekas lain, putar mentega dan gula kastor sehingga kembang. Masukkan telur satu-persatu dan teruskan putar hingga gebu (jarak untuk setiap biji telur ialah 1 minit).
  4. Kemudian, perlahankan mixer dan masukkan campuran tepung dan buah-buahan tadi. Gaul hingga rata dan matikan mixer.
  5. Masak gula pasir tadi dengan api sederhana sehingga menjadi karamel dan berwarna coklat keemasan. Tuangkan ke dalam adunan kek tadi, dan putar perlahan-lahan sehingga sebati.
  6. Tuangkan adunan dalam loyang, tutup dengan aluminium foil.
  7. Kukus selama 4 jam. Tambahkan air setiap sejam dengan air panas.
  8. Setelah masak, keluarkan kek dan biarkan betul-betul sejuk sebelum dipotong.




***Nota:
Resepi ini telah saya cuba banyak kali... Alhamdulillah memang menjadi, malah keluarga saya juga sangat sukakan kek buah kukus ini. Terima kasih CMG kerana sudi berkongsi resepi kek buah kukus yang sedap dan lembab ini.

Anda juga boleh mencuba resepi ini... Selamat Mencuba.

No comments: