Hari ini, saya akan kongsikan resepi kek batik yang sedap dan mudah untuk membuatnya. Kek batik ini memang digemari oleh kami sekeluarga. Bagi yang menggemari kek batik, bolehlah mencuba resepi ini.
Bahan A:
- 2 paket biskut marie (cap Ping Pong)
Bahan B:
- 1 cawan koko
- 1 cawan gula
- 1 cawan air panas
Bahan C:
- 1 biji butter
- 1 cawan susu pekat manis (boleh tambah jika suka manis)
Cara Buat:
- Patahkan biskut marie (patahkan 4) dan ketepikan.
- Campurkan semua bahan B dalam mangkuk. Kacau sebati sehingga adunan tidak berketul-ketul.
- Panaskan butter dalam kuali sehingga cair. Gunakan api kecil sahaja.
- Masukkan susu pekat manis dan kacau.
- Masukkan Bahan B tadi dan kacau hingga sebati.
- Apabila adunan sudah sedikit pekat, masukkan biskut marie.
- Gaul biskut marie sehingga sebati dan biarkan seketika sehingga biskut lembut.
- Angkat adunan tadi dan masukkan dalam loyang.
- Mampatkan dan biarkan sejuk seketika sebelum disimpan dalam peti ais.
- Simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman.
***Nota:
- Alas loyang dengan plastik supaya kek tidak melekat dan mudah dikeluarkan.
- Untuk mendapatkan potongan kek yang cantik: keluarkan kek dari peti ais dan terus potong. Jika dibiarkan lama pada suhu bilik, sukar untuk mendapatkan potongan kek yang cantik. Kek juga mungkin akan hancur ketika dipotong.
Selamat Mencuba.
No comments:
Post a Comment