Wednesday 25 February 2015

Chocolate Chip Cookies ala2 Famous Amos Cookies...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Petang tadi sempat juga saya menyiapkan chocolate chip cookies yang menjadi idaman kalbu. Cookies ni memang kegemaran kami sekeluarga. Biskutnya yang rapuh dan rangup, ditambah dengan baunya yang harum... memang membuatkan kami rasa tak sabar untuk menikmatinya. Kalau makan cookies ni sambil menonton tv, memang tak sedar... dah tinggal separuh balang je.

Berbalik pada resepinya, chocolate chip cookies ini rasanya memang seakan sama dengan Famous Amos Cookies yang mahal tu. Lepas ni, sesiapa yang teringin nak buat sendiri, boleh la mencuba. Anda pasti akan berasa puashati sebab dapat buat sendiri dan makan sebanyak mana pun.

Untuk resepi cookies ini, saya rujuk resepinya di blog Kak Yatie. Saya memang suka bertandang di blog Kak Yatie, bagi saya resepi-resepi yang ada di situ simple dan memudahkan saya untuk mencubanya. Terima kasih Kak Yatie sebab sudi berkongsi resepi cookies yang sedap ini. Saya mohon untuk copy dan kongsikannya pula di sini.  Untuk resepi asal, anda boleh rujuk di sini.

Bahan-bahan:
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan minyak
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar susu segar
  • 4 cawan tepung gandum
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil cream of tatar
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 2 cawan chocolate chip
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara Buat :
  1. Satukan gula, mentega, minyak, telur, susu, dan esen vanilla. Pukul hingga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum, baking soda, garam, dan cream of tatar. Pukul lagi hingga adunan sebati.
  3. Akhir sekali, masukkan chocolate chip, gaul sebati.
  4. Sudukan adunan satu sudu kecil di atas loyang. 
  5. Jarakkan sedikit sebab cookies akan mengembang bila dibakar.
  6. Bakar pada suhu 170' c selama 15 minit atau sehingga masak.
  7. Angkat dan sejukkan dahulu cookies di atas redai. 
  8. Simpan dalam bekas kedap udara.
Anda juga boleh masukkan almond cincang ataupun kismis ke dalam adunan cookies ini. Saya hanya masukkan chocolate chips saja dalam adunan cookies.




Selamat Mencuba.


NOTA:
  • Sila rujuk resepi asal, dengan klik pada link yang disertakan untuk resepi lengkap.
  • Saya mungkin telah mengubahsuai sedikit resepi mengikut bahan2 yang ada.

No comments: