Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah hari ini dapat siapkan order untuk kek bajet, iaitu Kek Red Velvet dan juga Cheesecake Leleh Oreo.
Terima kasih kepada customer yg sudi order kek drpd saya, harap berpuashati dengan kek yang dihasilkan.
Wassalam.
Menerima tempahan kek di sekitar Melaka Tengah. Sekiranya berminat, boleh Sms / WhatsApp 014 2679058. (No. Pendaftaran: MA0224813-X)
Pages
- Home
- Tempahan Kek
- Kek Coklat Moist
- Kek Strawberry
- Kek Batik
- Kek Tiramisu
- Cotton Soft Japanese Cheesecake
- Kek Coklat Indulgence
- Kek Buah Kukus
- Cheesecake Leleh
- Kek Blueberry Cheese
- Nutella Marble Buttercake
- Kek Red Velvet
- Buttercake
- Kek Black Forest
- Brownies Coklat
- Chocolate Chip Cookies
- Kek Coklat Strawberry
- Kek Coklat Oreo
- Oreo Coklat Chips Cookies
Monday, 30 March 2015
Wednesday, 25 March 2015
Tempahan Kek Batik dan Kek Coklat Moist
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah, semalam dan hari ini dapat saya siapkan order Kek Batik dan Kek Coklat Moist. Terima kasih kepada customer yang order kek semalam.
Ini merupakan kali pertama customer order kek batik dan minta deco untuk kek birthday. Kek batik ini juga diadun sekali dengan kepingan badam menjadikan ia lagi sedap dan sedikit rangup.
Kek Coklat Moist pula merupakan antara kek yang paling digemari ramai. Kek coklat ini sangat moist dan rasanya juga sedap, ditambah dengan coklat ganache yang dituang di atas kek.
Harap customer berpuashati dengan kek yang dihasilkan...

Saturday, 21 March 2015
Tempahan Minggu Lepas
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Alhamdulillah dapat siapkan order kek untuk sepanjang minggu lepas... Terima kasih kepada semua customer yang sudi order kek.

Sunday, 15 March 2015
Kek Pengantin 2 Tingkat, Tema Pink / Cream
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah, semalam dapat saya menyiapkan order kek pengantin 2 tingkat dengan tema pink dan cream. Segala ilmu yang saya pelajari ketika membuat kek pengantin akhirnya dapat juga dipraktikkan kali ini. Walaupun masih baru, Alhamdulillah hasilnya memang tidak mengecewakan.
Semoga customer berpuas hati dengan kek yang dihasilkan. Terima kasih kepada customer yang order kek pengantin ini.

Monday, 9 March 2015
Tempahan Red Velvet Lagi...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah, hari ini dapat saya siapkan order, iaitu Kek Red Velvet. Terima kasih pada customer yang sudi order kek red velvet ini. Harap berpuashati dengan rasa dan kualiti kek ini.

Saturday, 7 March 2015
Tempahan Red Velvet dengan tema FROZEN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah... dapat siapkan order kek untuk hari ini. Kebiasaannya, saya hanya ambil order kek biasa2 saja, tanpa sebarang tema. Kali ini, saya ambil order untuk tema Frozen... di dalamnya ialah kek red velvet dengan lapisan creamcheese.
Sebelum ini, saya hanya tengok di blog kawan2, betapa cantiknya kek dengan tema Frozen ni. Bila kena buat sendiri, rasa mencabar dan seronok juga sebab dapat main dengan krim ala2 snow tu.
Terima kasih kepada Noris dari Tengkera yang order kek red velvet dengan tema Frozen ini... harap berpuas hati dengan rasa dan kualiti kek ini.

Monday, 2 March 2015
Eggless Chocolate Cake yang sangat moist dan sedap...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Saya memang sangat gemarkan kek coklat, terutamanya kek coklat moist. Banyak resepi kek coklat yang telah saya cuba sendiri. Kali ini, satu lagi resepi kek coklat telah saya cuba iaitu resepi untuk Eggless Chocolate Cake dan Alhamdulillah memang menjadi.
Resepi Eggless Chocolate Cake ini saya rujuk di blog kak DayangJack. Resepi dan cara membuat kek ini amat mudah, tidak perlu menggunakan mixer, hanya gunakan spatula sahaja. Bahan-bahannya juga mudah untuk diperoleh dan tidak memerlukan telur. Kek ini memang sangat moist dan sedap, sesuai dengan selera saya dan keluarga.
Bagi sesiapa yang mempunyai alahan dengan telur, terutamanya anak2... anda bolehlah mencuba resepi ini untuk mereka. In shaa Allah, rasanya memang sangat sedap dan moist serta memenuhi citarasa bagi penggemar kek coklat. Saya pasti anak-anak juga akan sukakan kek ini.
Untuk resepi asal, anda boleh rujuk di sini... DayangJack@DapurKu Sayang. Terima kasih kepada Kak DayangJack yang sudi berkongsi resepi kek ini, saya mohon copy dan sharekan resepi kek ini di sini pula. (Nota: saya mungkin telah ubah suai resepi mengikut bahan-bahan yang saya ada).
Bahan-bahan :
Cara Buat :
Selamat Mencuba.

- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 cawan serbuk koko
- 4 sudu besar susu tepung
- 2 1/2 cawan air sejuk (dari peti ais)
- 2 cawan gula perang
- 2 sudu teh esen vanilla
- 1 sudu teh coklat emulco
- 1/4 sudu kecil garam halus
- 1 cawan minyak jagung
- 2 sudu teh jus lemon
Cara Buat :
- Panaskan oven pada suhu 160'. Lenserkan loyang size 8" dengan mentega.
- Ayakkan tepung gandum bersama dengan baking powder, soda bikarbonat, dan serbuk koko dalam bekas besar.
- Kemudian, masukkan susu tepung, garam, dan gula perang. Kacau rata semua bahan tadi.
- Masukkan air sejuk, minyak jagung, esen vanilla, dan coklat emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk / spatula sehingga adunan tidak berketul-ketul.
- Akhir sekali, masukkan jus lemon. Kacau serta-merta sehingga sebati, tetapi jangan terlalu lama.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar kek selama 45 minit atau sehingga masak.
- Sejukkan kek dan boleh hias kek dengan coklat ganache.
Selamat Mencuba.
Sunday, 1 March 2015
Si Baldu Merah... akhirnya menjadi jua...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah akhirnya dapat juga saya menyiapkan sebiji kek Red Velvet atau Kek Baldu Merah. Kek ini memang sangat moist dan sedap, ditambah dengan lapisan creamcheese. Sebelum ini, pernah juga saya cuba resepi yg lain, tapi hasilnya tidak seperti ini.
Kali ini, saya akan kongsikan resepi si Baldu Merah ini di sini pula. Saya pasti ramai penggemar kek red velvet di luar sana yang teringin untuk mencuba sendiri resepi kek ini. Resepi ini saya rujuk di blog Kak Lina pg. Saya mohon share resepi ini di sini, juga sebagai rujukan saya sendiri.
Bahan-bahan:
Cara Buat:

- 4 biji telur Gred A
- 250g butter (saya guna Anchor)
- 3 cawan tepung naik sendiri
- 2 sudu makan koko powder
- 2 cawan gula kastor
- 4 sudu makan pewarna merah
- 1 cawan buttermilk (saya guna 1 cawan fresh milk + 1 sudu makan jus lemon)
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh cuka makan
Cara Buat:
- Panaskan oven pada suhu 170'. Lenserkan loyang size 8" dengan sedikit butter.
- Ayakkan tepung dan koko powder, ketepikan dulu.
- Pukul butter dan gula kastor sehingga kembang.
- Masukkan telur satu-persatu sehingga habis. Putar lagi adunan.
- Dalam mangkuk buttermilk, masukkan pewarna merah dan kacau hingga sebati.
- Masukkan tepung dan buttermilk secara berselang-seli dan putar lagi sehingga adunan menjadi kembang dan ringan.
- Dalam mangkuk kecil, larutkan baking powder dan cuka. Kemudian, tuangkan ke dalam adunan. Kaup balikkan adunan hingga sebati.
- Tuangkan adunan dalam loyang dan bakar kek sehingga masak.
Selamat Mencuba.
Subscribe to:
Posts (Atom)