Saturday, 28 February 2015

Kek Red Velvet

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kami juga menerima tempahan untuk Kek Red Velvet. Kek yang kami hasilkan sememangnya mempunyai rasa yang sedap, berkualiti, dan yang penting ialah halal.




Kek Red Velvet ini mempunyai 3 lapisan, dengan lapisan creamcheese. Sekiranya anda ingin menempah kek ini, boleh hubungi kami di talian berikut:

Sms / WhatsApp : 014 2679058


Maklumat Kek Red Velvet:

Size : 8"
Harga : RM90


Terima Kasih.

Wednesday, 25 February 2015

Chocolate Chip Cookies ala2 Famous Amos Cookies...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Petang tadi sempat juga saya menyiapkan chocolate chip cookies yang menjadi idaman kalbu. Cookies ni memang kegemaran kami sekeluarga. Biskutnya yang rapuh dan rangup, ditambah dengan baunya yang harum... memang membuatkan kami rasa tak sabar untuk menikmatinya. Kalau makan cookies ni sambil menonton tv, memang tak sedar... dah tinggal separuh balang je.

Berbalik pada resepinya, chocolate chip cookies ini rasanya memang seakan sama dengan Famous Amos Cookies yang mahal tu. Lepas ni, sesiapa yang teringin nak buat sendiri, boleh la mencuba. Anda pasti akan berasa puashati sebab dapat buat sendiri dan makan sebanyak mana pun.

Untuk resepi cookies ini, saya rujuk resepinya di blog Kak Yatie. Saya memang suka bertandang di blog Kak Yatie, bagi saya resepi-resepi yang ada di situ simple dan memudahkan saya untuk mencubanya. Terima kasih Kak Yatie sebab sudi berkongsi resepi cookies yang sedap ini. Saya mohon untuk copy dan kongsikannya pula di sini.  Untuk resepi asal, anda boleh rujuk di sini.

Bahan-bahan:
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan minyak
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar susu segar
  • 4 cawan tepung gandum
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil cream of tatar
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 2 cawan chocolate chip
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara Buat :
  1. Satukan gula, mentega, minyak, telur, susu, dan esen vanilla. Pukul hingga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum, baking soda, garam, dan cream of tatar. Pukul lagi hingga adunan sebati.
  3. Akhir sekali, masukkan chocolate chip, gaul sebati.
  4. Sudukan adunan satu sudu kecil di atas loyang. 
  5. Jarakkan sedikit sebab cookies akan mengembang bila dibakar.
  6. Bakar pada suhu 170' c selama 15 minit atau sehingga masak.
  7. Angkat dan sejukkan dahulu cookies di atas redai. 
  8. Simpan dalam bekas kedap udara.
Anda juga boleh masukkan almond cincang ataupun kismis ke dalam adunan cookies ini. Saya hanya masukkan chocolate chips saja dalam adunan cookies.




Selamat Mencuba.


NOTA:
  • Sila rujuk resepi asal, dengan klik pada link yang disertakan untuk resepi lengkap.
  • Saya mungkin telah mengubahsuai sedikit resepi mengikut bahan2 yang ada.

Tuesday, 24 February 2015

Kek Buah Kukus Idaman Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kali ini saya akan kongsikan resepi kek buah kukus. Kek buah kukus pastinya mempunyai peminat tersendiri... ianya digemari dari dulu hingga kini. Memandangkan saya sendiri meminati kek buah kukus, maka banyaklah resepi yang telah saya cuba. Tapi, resepi yang satu ini sememangnya menepati citarasa saya... sebab itulah tajuk entry kali ini ialah Kek Buah Kukus Idaman Hati :)

Resepi ini ialah milik CMG (www.tiffinbiru.com)... anda boleh lihat resepi asalnya DI SINI. Saya minta izin untuk copy resepi dan kongsikannya pula di sini. Walau bagaimanapun, saya ubah sedikit resepi ini supaya manis kek buah ini menepati citarasa saya dan keluarga.

Bahan-bahan:
  • 300 g buah-buahan campuran (resepi asal 375g)
  • 250 g mentega (saya guna jenama Anchor)
  • 300 g tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh cream of tartar
  • 3 biji telur gred A
  • 110 g gula kastor (resepi asal 150g)
  • 150 g gula pasir (untuk dibuat gula hangus)
  • 1 biji pala (diparut)


Cara Buat:
  1. Panaskan air dalam periuk kukus. Lenserkan loyang size 8" dengan mentega.
  2. Campurkan tepung gandum, soda bikarbonat, dan cream of tartar. Ayakkan bahan-bahan tadi. Masukkan buah pala yang telah diparut dan juga buah-buahan campuran. Gaul rata buah-buahan tadi dengan tepung.
  3. Dalam bekas lain, putar mentega dan gula kastor sehingga kembang. Masukkan telur satu-persatu dan teruskan putar hingga gebu (jarak untuk setiap biji telur ialah 1 minit).
  4. Kemudian, perlahankan mixer dan masukkan campuran tepung dan buah-buahan tadi. Gaul hingga rata dan matikan mixer.
  5. Masak gula pasir tadi dengan api sederhana sehingga menjadi karamel dan berwarna coklat keemasan. Tuangkan ke dalam adunan kek tadi, dan putar perlahan-lahan sehingga sebati.
  6. Tuangkan adunan dalam loyang, tutup dengan aluminium foil.
  7. Kukus selama 4 jam. Tambahkan air setiap sejam dengan air panas.
  8. Setelah masak, keluarkan kek dan biarkan betul-betul sejuk sebelum dipotong.




***Nota:
Resepi ini telah saya cuba banyak kali... Alhamdulillah memang menjadi, malah keluarga saya juga sangat sukakan kek buah kukus ini. Terima kasih CMG kerana sudi berkongsi resepi kek buah kukus yang sedap dan lembab ini.

Anda juga boleh mencuba resepi ini... Selamat Mencuba.

Monday, 23 February 2015

Kek Batik Sedap & Mudah Membuatnya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini, saya akan kongsikan resepi kek batik yang sedap dan mudah untuk membuatnya. Kek batik ini memang digemari oleh kami sekeluarga. Bagi yang menggemari kek batik, bolehlah mencuba resepi ini.

Bahan A:
  • 2 paket biskut marie (cap Ping Pong)

Bahan B: 
  • 1 cawan koko
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas

Bahan C:
  • 1 biji butter
  • 1 cawan susu pekat manis (boleh tambah jika suka manis)

Cara Buat:
  1. Patahkan biskut marie (patahkan 4) dan ketepikan.
  2. Campurkan semua bahan B dalam mangkuk. Kacau sebati sehingga adunan tidak berketul-ketul. 
  3. Panaskan butter dalam kuali sehingga cair. Gunakan api kecil sahaja.
  4. Masukkan susu pekat manis dan kacau.
  5. Masukkan Bahan B tadi dan kacau hingga sebati.
  6. Apabila adunan sudah sedikit pekat, masukkan biskut marie.
  7. Gaul biskut marie sehingga sebati dan biarkan seketika sehingga biskut lembut.
  8. Angkat adunan tadi dan masukkan dalam loyang. 
  9. Mampatkan dan biarkan sejuk seketika sebelum disimpan dalam peti ais.
  10. Simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman.





***Nota:
  1. Alas loyang dengan plastik supaya kek tidak melekat dan mudah dikeluarkan.
  2. Untuk mendapatkan potongan kek yang cantik: keluarkan kek dari peti ais dan terus potong. Jika dibiarkan lama pada suhu bilik, sukar untuk mendapatkan potongan kek yang cantik. Kek juga mungkin akan hancur ketika dipotong.

Selamat Mencuba.

Wednesday, 18 February 2015

Tempahan Kek 18.02.2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Alhamdulillah dapat siapkan kek untuk tempahan semalam. Antaranya ialah Kek Coklat Moist, Kek Buah Kukus, Kek Mentega Oren, Kek Marble Nutella, dan juga Kek Batik.

Terima kasih kepada semua yang sudi order kek dengan saya.





Wassalam.

Monday, 16 February 2015

Kek Marble Nutella

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kami juga sedia menerima tempahan untuk produk terbaru, iaitu Kek Marble Nutella. Kek ini sangat sedap dan lembut... dengan sapuan nutella di atasnya. Sekali mencuba, pasti anda inginkannya lagi.

Bagi sesiapa yang tidak menggemari kek yang ada krim, bolehlah mencuba kek ini. Anak2 juga pasti akan menyukainya. Kek ini juga sesuai untuk dijadikan kek birthday atau dihidangkan ketika jamuan.




Berikut merupakan maklumat untuk Kek Marble Nutella ini:

Size      : 8"
Harga   : RM70


Sesiapa yang berminat, boleh hubungi kami di talian berikut:

SMS / WhatsApp  : 014 2679058


Terima Kasih.


*** Nota:
Mungkin ada yang bertanya, mengapa harga kek ini terlalu mahal. Ini kerana, kami menggunakan hanya bahan2 berkualiti dalam kek supaya setiap pelanggan berpuashati dengan setiap tempahan kek yang dibuat.

Sunday, 15 February 2015

Kelas Buat Kek

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga mengikuti kelas buat kek untuk hantaran dan kek pengantin. Memang dah lama teringin nak belajar buat bunga-bunga yang cantik tu. Syukur dipermudahkan segalanya.

Semalam, sekali lagi saya menimba ilmu dengan cikgu Lisa, yang memang pakar dalam buat2 kek ni. Pertama kali buat bunga sendiri, memang terasa agak sukar. Maklum la, tangan ni memang sedikit kaku kalau nak buat benda2 yg kreatif macam ni. Tapi, dengan dorongan cikgu Lisa... akhirnya berjaya juga saya mendeco bunga2 tersebut. Terasa puas sangat bila dapat melihat hasil yang sangat cantik.


Mudah-mudahan ilmu yang ada ini dapat dipraktikkan sebaiknya selepas ini. Terima kasih buat cikgu Lisa yang sudi mengajar dan memberi dorongan. In shaa Allah, ada rezeki nanti... saya akan menimba ilmu dengan cikgu Lisa lagi.



Wassalam.

Saturday, 14 February 2015

Tempahan Kek 13.02.2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah, dapat siapkan kek untuk order semalam. Antaranya ialah kek buah, kek batik, kek red velvet, cheesecake leleh blueberry dan oreo, kek russian black & white, dan kek coklat moist.

Terima kasih kepada semua yang order kek semalam.




Wassalam.

Sunday, 8 February 2015

Tempahan Minggu Lepas

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah... dapat siapkan order untuk sepanjang minggu lepas. Kek terdiri dari Kek Red Velvet, Kek Russian Black & White, Kek Coklat Indulgence, Kek Coklat Moist, Kek Tiramisu Coklat, dan Cheesecake Leleh Blueberry.

Terima Kasih Kak Yusmar, Fatin, Nur, dan Miza untuk order minggu lepas.












Wassalam.

Sunday, 1 February 2015

Tempahan 01.02.2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah... dapat siapkan order untuk hari ini iaitu Kek Tiramisu Coklat. Terima kasih Miza dan Nur order semua kek ni.




Wassalam.